Friday, December 16, 2016

Info Produk : ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ( AJHT )






ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

( 60 Tablet )


APA ITU ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET KAYA DENGAN VITAMIN DAN MINERAL ANTARANYA : -
  • Ekstrak unik Boswellia
  • Ekstrak Jagung
  • Zink
  • Tembaga
  • Mangan 
  • Vitamin C


APAKAH EKSTRAK JAGUNG ?

➔ Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament.Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.


APAKAH BOSWELLIA ?

➔ Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.


APAKAH YANG MEMBUAT EKSTRAK BOSWELLIA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE ISTIMEWA ?
➔ Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.


MENGAPAKAH IA BEBAS DARIPADA CHONDROITIN ?
➔ Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.


MENGAPA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE MENGANDUNGI VITAMIN C ?
➔ Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.


MENGAPA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE MENGANDUNGI MINERAL SURIH ZINK, COPPER ( KUPRUM / TEMBAGA ) DAN MANGAN ?
➔ Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.


ADAKAH ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE BERASASKAN SAYUR-SAYURAN ?
➔ Ya.


MANFAAT UTAMA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET YANG UTAMA : -

➔ Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
➔ Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
➔ Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.



BOLEHKAH SAYA AMBIL ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE & OSTEMATRIX SHAKLEE PADA MASA YANG SAMA ?
➔ Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet



KELEBIHAN & KEBAIKAN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE : -
  • Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5.
  • Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka.
  • 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
  • Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
  • Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit.
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi.
  • Memperbaiki fungsi sesendi.
  • Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.


KEISTIMEWAAN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE : -
  • 100% bebas kerang-kerangan (bagi yang elergik kerang-kerangan, tak perlu risau ok).
  • 100% vegetarian (sesuai betul dengan individu yang vegetarian mahupun yang tidak).
  • 100% bebas kondroitin (bebas kondroitin beerti ‘penyerapan glukosamin yang lebih baik’, kehadiran kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin).
  • Hanya 2 tablet diperlukan sehari. Tablet jenis mudah telan.
  • Tiada perasa, pemanis atau pengawet.
  • Bebas gluten (gluten adalah bahan yang menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam tubuh).


SIAPA YANG PERLU AMBIL ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE ?
➔ Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu product semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.


..


Untuk Info & Order 😊


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Tukar Jenama ??



KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK TUKAR KEPADA SHAKLEE ?

Satu penemuan kajian terbaru yang dijalankan oleh gabungan pengkaji daripada UC Berkely School Of Public Health terhadap pengguna supplemen dalam jangkamasa panjang menunjukkan mereka yang mengambil supplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin lain ataupun yang tidak mengambil supplemen langsung.

Pengguna Shaklee dalam jangkamasa panjang menunjukkan paras yang lebih rendah bagi penanda aras untuk kesihatan jantung, disokong oleh Pertubuhan Janting Amerika : -
  • 33% Paras trigliserida lebih rendah = Lemak berbentuk kimia yang terdapat di dalam tubuh manusia dan makanan digelar trigliserida. Paras trigliserida yang rendah terbukti dapat menyokong kesihatan jantung.
  • 11% Nisbah jumlah kolestrol lebih rendah berbanding kolestrol HDL = HDL Kolestrol membantu menyingkirkan kolestrol " jahat " dalam darah. Nisbah jumlah kolestrol yang rendah berbanding HDL kolestrol terbukti dapat menyokong kesihatan jantung.
  • 59% Paras protein C-Reaktif lebih rendah = Protein C-Reaktif (CRP) terdapat di dalam darah dan menjadi pengukur tindakan tubuh terhadap tekanan biologi. Paras Protein C-Reaktif yang lebih rendah boleh meningkatkan kesihatan jantung.
  • 33% Paras homocysteine lebih rendah = Homosisteina adalah sejenis asid amino yang dihasilkan dalam tubuh secara semulajadi. Paras Homosisteina yang lebih rendah di dalam darah dapat menyokong kesihatan jantung pada tahap optimum.

Kajian menunjukkan yang mengenalpasti kualiti tahap kesihatan bagi sesetengah penyakit menjadi penanda terbaik untuk kesihatan masa depan di mana 8 daripada 10 pengguna Shaklee diuji menunjukkan kesihatan mereka meningkat dari " Amat Baik " ke " Cemerlang "

Kesihatan - Kenapa Kita Perlu Mengambil Suplemen ??



  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.


KEKURANGAN NUTRISI BOLEH MENINGKATKAN RISIKO KESIHATAN : -
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah

Perbezaan Shaklee



Selama lebih 50 tahun, beberapa generasi keluarga telah mengharapkan kami untuk melakukan apa yang tiada syarikat lain boleh lakukan seperti Shaklee - membuat produk yang semula jadi selamat dan terbukti berkesan.

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Kami melakukannya dengan membuat produk semulajadi yang begitu luar biasa, anda hanya perlu untuk memberitahu kawan-kawan anda. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi, dan menjadi mesra alam di planet ini.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu tiga perkara adalah benar. Ia adalah sentiasa selamat. Ia sentiasa berkesan. Dan ia sentiasa mesra alam.





SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.


Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.



Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan. Senarai TIDAK Shaklee : -

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang


SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.



Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.



SENTIASA MESRA ALAM


Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar


Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.



Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya : -
  1. Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  2. Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  3. Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut : -
  1. 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  2. 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  3. 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  4. 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  5. 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California.

Thursday, December 15, 2016

Sejarah Perkembangan Shaklee




KEPIMPINAN DAN SUMBANGAN SHAKLEE KEPADA ALAM SEKITAR


Diasaskan pada tahun 1956, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan " CLIMATE NEUTRAL " dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 - menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar.

Selama lebih lima dekad, Shaklee telah menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar.

.

SEJARAH PERKEMBANGAN SHAKLEE TERHADAP ALAM SEKITAR : -





TAHUN 1915

Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta " Vitalized Minerals " iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia.



TAHUN 1956

Shaklee Corporation ditubuhkan dan merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia.


TAHUN 1960

Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner iaitu salah satu pencuci boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama.



TAHUN 1961

Dr. Shaklee mencipta Protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama.



TAHUN 1972

Shaklee memperkenalkan salah satu produk serbuk pencuci pakaian boleh dibiodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama.



TAHUN 1980

Ibu Pejabat Korporat telah berpindah ke Shaklee Terraces di San Francisco, Amerika Syarikat.




TAHUN 1981

Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C.


TAHUN 1982

Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.


TAHUN 1983

Buat kali pertamanya,seorang warga Amerika mendaki Gunung Everest tanpa oksigen tambahan dan hanya bergantung pada tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee.

TAHUN 1986

Penerbangan mengelilingi dunia tanpa henti yang pertama atas Voyager dengan tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee. Shaklee memberikan sokongan kewangan dan produk kepada ekspedisi pertama kereta luncur salji ke Kutub Utara yang diketuai oleh Will Steger.


TAHUN 1987

Penerbangan berkuasa manusia pada jarak terjauh iaitu 72 batu melintangi lautan 'Projek Deadalus' dengan menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh Shaklee Performance. Shaklee dipilih oleh Cousteau.


TAHUN 1988

Shaklee mula beroperasi di Malaysia.


TAHUN 1989

Shaklee dengan kerjasama American Himalayan Foundation telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di Asia.


TAHUN 1990

Basic H daripada Shaklee yang boleh dibiodegradasi terpilih sebagai salah satu daripada produk rasmi Hari Bumi yang pertama dan Shaklee telah menerima anugerah Family Circle Green-Chip sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.


TAHUN 1991

Produk untuk kegunaan rumah digunakan dalam projek " Biosphere 2 ".


TAHUN 1993

Shaklee membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi, Performance yang telah disesuaikan untuk kegunaan para angkasawan semasa beroperasi di angkasa lepas.


TAHUN 1996

Produk Shaklee digunakan di atas kapal Odyssey, yang menjalankan penyelidikan dan pengumpulan data pencemaran laut di seluruh dunia.




TAHUN 1998

Shaklee memperkenalkan siri penjagaan kulit pertama Enfuselle Skin Care berasaskan nutrisi,disokong oleh 8 paten,dan telah membelanjakan 1 juta dolar dalam penyelidikan klinikal.


TAHUN 2000


Memenangi Anugerah Ibu Pejabat Sedunia dan Syarikat pertama di dunia memperolehi pensijilan Climate Neutral.


TAHUN 2002

Shaklee dianugerahkan " Climate Protection " oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. Shaklee menerima anugerah " Environmental Stewardship " daripada Social Accountability International.


TAHUN 2003


Shaklee menyokong pembinaan sebuah turbin tenaga angin bagi Orang Asli Amerika. Shaklee membantu penukaran bas sekolah diesel di San Bernardio, California kepada biodiesel.


TAHUN 2004


Pasukan ski A.S mendapat 11 Pingat Emas, 7 Perak & 4 Gangsa berbekalkan tenaga daripada nutrisi Shaklee.



TAHUN 2005

Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yang dinamakan Nutriferon.


TAHUN 2006


Shaklee terpilih sebagai Pemimpin Cuaca EPA Amerika '(U.S.EPA Climate Leader)'untuk memelihara impak sifar bersih pada perubahan cuaca dan mengimbangi pembebasan 100% gas rumah hijau olehnya menjangkau tahun 2009.



TAHUN 2007

Shaklee memperkenalkan siri pengurusan berat badan yang dikenali sebagai Cinch


TAHUN 2007

Shaklee memperkenalkan siri penjagaan rumah yang semulajadi dan tidak bertoksik digelar Get Clean. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr. Jeffrey D. Sachs. Shaklee dipilih oleh " Healthy Child Healthy World " untuk menjadi rakan kongsi ekslusif kepada penghasilan video bertajuk " Creating Healthy Environments for Children ". Shaklee dipilih oleh pengeluar filem " THE 11th HOUR " ( Dokumentari alam sekitar yang dinaratakan oleh Leonardo DiCaprio ) sebagai rakan kongsi pengeluar filem - merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee sebagai penerajui alam sekitar.


TAHUN 2008


Shaklee memperkenalkan Vivix, penemuan revolusi terbaru dalam anti-penuaan sel.

TAHUN 2009

1 JUTA pokok ditanam di AS & Kenya dengan pemenang Nobel Keamanan Dr Wangari Maathai.




TAHUN 2010
Shaklee memperkenalkan produk terbarunya Get Clean Water Pitcher. Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras dan tidak memerlukan kuasa elektrik. Murah, mudah dan menandingi jenama terkemuka lain.








TAHUN 2012

Shaklee menperkenalkan Shaklee Collagen Powder & Advanced Joint Health Tablet. Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon untuk tiga tahun berturut-turut. Inventori rumah hijau bagi tahun 2012 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.


TAHUN 2014

Kini, Shaklee telah berkembang pesat di beberapa buah negara dan menjadi produk nutrisi yang diminati oleh ramai rakyat Malaysia. Pada Ogos lalu, 300 Malaysia Business Leaders telah mengikuti trip insentif ke Amerika Syarikat dan mengunjungi Shaklee World Headquarters di San Francisco!


TAHUN 2015
Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang indah membuka pintu di kemudahan 16,000 kaki persegi, peralatan saintifik paling maju, di mana ahli-ahli sains Shaklee akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk menjadikan dunia ini ruang yang lebih baik dan lebih sihat. Shaklee mencapai keahlian 1.2 juta di seluruh dunia, $ 7 bilion dalam komisen, dan pelaburan $300 juta sejak penubuhan Shaklee.

Shaklee bukan dicipta baru setahun dua malah 100 tahun dahulu dengan penyelidikan yang terperinci dan sumbangannya kepada dunia amat besar sekali terutamanya dalam bidang sukan dan alam sekitar. Selain dikenali sebagai makanan tambahan nutrisi, Shaklee terkenal dengan sifatnya sebagai "Environmental Friendly". Semoga sejarah perkembangan Shaklee dan sumbangannya kepada dunia ini dapat memberitahu anda serba sedikit tentang Shaklee.

Ibu Pejabat Shaklee







Ibu pejabat Shaklee terletak di Pleasanton, Carlifornia bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee. Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang harmoni bersama Alam Semulajadi".

Kita boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.


ANTARA KEUNIKKANNYA SEPERTI : -

  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk shaklee
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan
  • Penggunaan " Low-E glass " di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam

Legasi Shaklee




Image result


Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia.
Pada tahun 1915, Dr. Forrest c. Shaklee telah. Mencipta “vitalized minerals.” iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan shaklee corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.


Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada sumber semula jadi – dengan mencari bahan-bahan semula iadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.


Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelaniakan wang untuk tuiuan pengiklanan dan pemasaran, shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tuiuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan shaklee. Syarikat shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

Syarikat Nutrisi Semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat, Shaklee




Image result for Shaklee Syarikat Nutrisi Semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat



Kesihatan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita, sama ada penampilan luaran atau perasaan dalaman dan kejayaan seseorang, semuanya bergantung kepada kesihatan. Kesihatan yang baik menjadi tunggak kebahagian hidup dan jangka hayat yang lebih panjang. Justeru itu, sebagai sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat, Shaklee amat berbesar hati kerana dapat menawarkan rangkaian produk kesihatan yang dapat membantu meningkatkan taraf kualiti kesihatan dan kehidupan kita.

Dalam tahun 1915, Dr. Shaklee telah mencipta antara salah satu multivitamin pertama dan sejak itu Shaklee meneruskan usaha murni tersebut dengan mencipta pelbagai produk kesihatan semulajadi yang lain. Antaranya adalah mencipta pengasingan protein yang pertama seumpamanya, menjadi salah satu peneraju dalam penghasilan minyak ikan dan produk revolusi Shaklee iaitu Vivix dan Cinch. Shaklee juga telah melaburkan hampir $300 juta dolar Amerika dalam bidang pembangunan dan penyelidikan. Shaklee hanya menggunakan sumber asli terpilih dengan kualiti terbaik yang ada, dan sentiasa meneroka dalam pengumpulan penemuan-penemuan kajian sains terbaik dunia untuk memberikan produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Ini kerana Shaklee amat prihatin dalam kebajikan kesihatan anda dan keluarga.

Dalam pada itu, Shaklee juga rancak dalam menjaga kesihatan alam sekitar. Shaklee telah mencipta bahan pencuci rumusan biorosot bebas toksik pertama di Amerika Syarikat. Shaklee juga telah menjadi syarikat pertama dunia yang disahkan sebagai Climate Neutral dalam menyekat pengeluaran karbon yang menghasilkan impak sifar pada alam sekitar. Selain itu, Shaklee telah berjaya mencapai sasaran kempen menanam 1 juta pokok dengan kerjasama penerima anugerah Nobel Peace 2004, Dr. Wangari Maathai. Ini adalah kerana kami percaya, bila kita telah mengambil sumber alam terbaik untuk mencipta produk kesihatan untuk manusia, maka kita perlu kembalikan apa yang telah kita ambil darinya.

Dan hari ini Shaklee merupakan komuniti yang pesat berkembang melebihi 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan berkongsi pelbagai produk yang dapat membantu orang ramai mengubah nasib masa depan dari segi kesihatan juga kewangan. Misi dan hasrat Shaklee adalah menawarkan peluang untuk setiap insan kembali menanam impian , membantu orang lain meraih pendapatan dan mencapai kebebasan kewangan hanya dengan berkongsi produk pada yang menginginkannya. Shaklee gelarkannya sebagai Social Marketing dan Shaklee telah lama dan berjaya melakukannya lebih 55 tahun yang lalu.


..


Untuk Info & Order 😊


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Anda mungkin juga meminati:

Wednesday, December 14, 2016

Testimoni Vitamin C & Vitamin E







" Nak share testimoni diri sendiri dulu. Saya telah mengamalkan Shaklee consume selama 3 bulan dan hasilnya sangat ketara.

Gambar testimoni tidak edit dan kesemua gambar di atas original.

Masalah jerawat dapat di atasi dengan baik. Sekarang tengah focus masalah parut-parut yang tinggal kesan daripada pimples before this.

Vitamin C dan Vitamin E juga mencerahkan kulit muka saya. Sejak mengamalkan Shaklee pimples tidak naik keterlaluan dan akan naik pimples masa datang bulan sahaja.

Alhamdulillah dah dapat kulit yang licin dan tidak berkerutu  lagi. Thanx shaklee :) "

-  Norshafiqah Bt Shaharuddin -






..


Untuk Info & Order 😊


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Kesihatan - Masalah Tumbesaran




Apakah maksud masalah tumbesaran ?
 
Masalah tumbesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.
Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil atau pendek daripada rakan-rakan sebaya. 






Terbantut disebabkan oleh Achondroplasia

Tumbesaran kanak-kanak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka. Tumbesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard. Apabila tumbesaran kanak-kanak menunjukkan tumbesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab tumbesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.



Apakah sebab-sebab masalah tumbesaran?

Sebab-sebab masalah tumbesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori.
  • Terdapat kanak-kanak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibu bapa mereka yang bersaiz kecil atau pendek akan melahirkan anak-anak yang sedemikian juga. 
  • Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih pendek daripada rakan sebaya pada permulaannya tetapi akhirnya akan mencapai ketinggian pendek yang normal (seperti rakan sebaya yang lain). 
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses tumbesaran. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah: 
  • Malnutrisi 
  • Penyakit usus 
  • Penyakit buah pinggang 
  • Penyakit darah (hematologi), contohnya talasaemia 
  • Penyakit sistem saraf 
  • Diabetes mellitus 
  • Trauma atau tekanan mental yang serius 
  • Penyakit yang berkaitan dengan hormon : 
  • Kekurangan hormon tiroid. 
  • Sindrom Cushing (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara berlebihan). 
  • Kekurangan hormon pembesaran (growth hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil. 
  • Penyakit kongenital (sejak lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang membesar: 
  • Pembesaran yang terbantut semasa janin. 
  • Masalah kromosom - contohnya sindrom Turner. 
  • Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal). 
  • Terlalu tinggi : Kanak-kanak atau remaja perempuan yang terlalu tinggi. 
  • Cepat akil baligh (precocious puberty) - kanak-kanak mencapai akil baligh lebih awal sebelum umur yang sepatutnya. 
  • Penyakit genetik - contohnya sindrom Marfan. 
  • Idiopatik (idiopathic) : sebab-sebab yang tidak dapat dikesan. 


Tanda-tanda dan gejala

Masalah tumbesaran dapat dilihat selepas kelahiran atau dikesan kemudian, contohnya : 

  • Berat badan lahir bayi adalah kurang dari sepatutnya (small for age) 
  • Pembesaran yang minima, contohnya ketinggian yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun) 
  • Terdapat tanda-tanda dan gejala lain tetapi ini bergantung kepada penyakit-penyakit yang tertentu. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh. 


Apakah masalah yang boleh timbul daripada masalah tumbesaran ? 

  • Kanak-kanak tersebut akan merasa rendah diri dan sering ditertawakan atau dipermainkan oleh kanak-kanak yang lain. 
  • Perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi sosial, akademik dan ekonomik akan terjejas. 
  • Ujian psikologi disarankan untuk menilai samada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah IQ, pembelajaran, kurang fokus atau masalah tingkah laku. 


Apakah rawatan yang ada ? 

Rawatan bergantung kepada jenis masalah tumbesaran tersebut: 

  • Jika ia disebabkan oleh penyakit sistemik, maka rawatan penyakit tersebut boleh menyelesaikannya. Contohnya kekurangan hormon tiroid boleh dirawat dengan terapi hormon tiroid (berbentuk pil) 
  • Kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit seperti kekurangan hormon pembesaran (growth hormone), sindrom Turner, penyakit buah pinggang dan berat badan kurang daripada usia kandungan (SGA - small for gestational age) boleh dirawat dengan suntikan hormon pembesaran (growth hormone injections). Hormon ini boleh membantu mereka mencapai ketinggian maksimum yang normal. Namun begitu, rawatan ini mengambil masa beberapa tahun dan melibatkan kos yang tinggi. 
  • Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam mengenal dan menanamkan imej diri yang positif di dalam diri kanak-kanak tersebut. Kenal pasti kekuatan diri anak anda dan cuba memupuk kualiti tersebut. 
  • Sokongan, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai boleh memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak tersebut dan menghasilkan seorang individu yang hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...