Friday, August 28, 2015

Kisah Aku dan Aidijuma..

Bismillah..

Mungkin ramai terkejut lepas sebab tiba-tiba Fizah ada update ambil gambar tudung kan.
Tudung apa tu ?? Jeng jeng jeng...

Actually Fizah baru berjinak-jinak dengan Tudung Aidijuma.
Sejak bulan Jun tak silap.
Entah macam mana boleh terjebak pun Fizah tak tahu lah.
Hihihi..

Ceritanya bermula bila Fizah ternampak butik Aidijuma di bandar Kuantan.
Bila ternampak tu terus cakap dengan Encik Suami.

Fizah : Bang, tu butik Aidijuma tu.
Suami : Laa, kat sini rupanya.

Asalnya memang pernah beli tudung Aidijuma ni dulu.
Tapi beli yang plain punya la.
Tak pernah tengok pun tudung corak ni.

Masa tu Aidijuma ni just buka macam stall je dekat dalam Berjaya Mega Mall tu.
Selalu bila masuk dalam Mall tu mesti akan ternampak perempuan pegang beg plastik Aidijuma ni tapi Fizah just tengok macam tu je la kan.
Bila dah selalu nampak orang pegang plastic bag dia, Fizah pun terpanggil untuk singgah stall Aidijuma ni.
Beli sehelai je, itu pun tudung plain.

Nak dijadikan cerita, masa adik ipar nak kahwin, Fizah ada beli baju kurung di Zalora.
Fizah suka pakai baju plain.
Tak tahu kenapa tapi memang tu taste Fizah.
So, jangan tanya kenapa.
Hahahaha..

Lepas baju tu sampai, tudung pulak takde.
So, Fizah pun teringat la dengan Aidijuma ni.
Sebab tiba-tiba teringin nak pakai tudung yang ada corak sikit.

So, kami pun pergi la ke Berjaya Mega Mall tu.
Bila sampai je dekat tempat tu, tengok2 stall dia tu kosong.
Bukan kosong tapi memang stall tu dah takde.
Tinggal lantai je. Hihihi.

Tanya punya tanya rupanya dah pindah.
Budak depan kedai tu cakap pindah dekat bangunan Malay Town belakang ECM.
Kitorang pun puas la pusing-pusing cari kedai Aidijuma ni.
Oleh kerana sebelum ni, Aidijuma just buka stall je, so dalam fikiran kitorang mungkin dia buka stall juga.

Bila dah cari tak jumpa-jumpa, kami pun balik dengan hampanya.
Bising jugak lah Encik Suami sebab keluar bandar tapi tak dapat hasil pun.

So, hujung bulan Jun hari tu, entah macam mana terlalu la dekat lorong bangunan China Town, barulah Fizah nampak butik Aidijuma tu.
Masa nampak tu masing-masing duk cakap..

" Dia dah upgrade jadik butik rupanya. Ingatkan dulu pindah buka stall jugak. Patutlah carik tak jumpa."

Lepas tu ??? Hihihi..
Cerita ni akan bersambung pada entri lain ya..

Hari dah terang.
Dah sampai masa untuk Fizah buat kerja rumah pulak.
In Shaa Allah cerita lain bakal menyusul..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...