Thursday, September 3

Kisah Aidijuma Lagi

Hmm kali ni Fizah nak story lagi pasal Aidijuma. Tak tahu nak cakap apa. Nak gelak pun ada, geram pun ada. Macam-macam hal.

Actually dah banyak kali jumpa orang beli barang nak mintak murah. Standard la kan kalau kita beli barang nak mintak kurang harga. Tapi kali ni lain macam sikit.

Customer : Assalam.. sis just nak tanye la.. tq grandma tu tak leh nego harga lagik ke sis?

Seller : Wasalam.. Awak nak harga berapa ? Nak ambik berapa helai ?

Customer : Kalau boleh memang nak harga CS masa keluar tu.. Tapi mesti awak ambik upah gak kan. Nak selai je awak.

Seller : Sori la dear kalau nak harga CS masa keluar memang takleh nak bagi. Awal-awal pagi dah pergi beratur depan CS nak ambik nombor. Tanya orang lain pun rasa takde kot yang boleh bagi harga macam tu.


Nak mintak harga release. Ni mesti jenis tak pernah rasa macam mana susahnya nak pergi candat sendri.

Nak mintak kurang harga tu tak salah. Tapi releven la sikit. Fikir macam mana susahnya orang beratur dengan anak-anak lagi.

** Nak murah pergi cari sendiri dan rasa sendiri apa yang orang rasa.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)