Wednesday, October 11

Tips Penysuan : Cara Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu dengan Ibu Menyusu memang tidak dapat dipisahkan. Setiap Ibu Menyusu pasti merasa pengalaman ni walau sekali. Bila dah bengkak, mesti Si Ibu tadi akan mencari pelbagai petua atau tips untuk menghilangkan sakit akibat bengkak susu.

Antara tips atau petua yang selalu di maklumkan oleh orang orang tua ialah:-
  • Memakai bra sokongan : Pastikan ibu mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Yang memberikan anda keselesaan maksimum.
  • Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu. Ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu.
  • Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir bagi menyeimbangkan kadar pengeluaran susu dan penggunaan payudara ibu.
  • Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar. Jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.
  • Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada. Atau boleh juga mandi air suam. In Shaa Allah, sangat membantu ibu nanti.
  • Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau ibu turut mengurut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu. Ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri.
  • Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak. Proses mengepam ini boleh menambahkan stok susu. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar, malah ia akan menyihatkan kita.. 
  • Gunakan sikat rambut : Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang. In Shaa Allah, aliran susu akan lancar semula.
  • Daun kubis : Ambil daun kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak. Daun kubis bagus kerana ia agak sejuk. Tapi cara ini boleh dilakukan sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu kerana ianya boleh menyebabkan SUSU menjadi KERING. 
  • Ambil cuka makan dan ragi : Campurkan dalam mangkuk dan sapu pada sekeliling payu dara. Hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh atau bengkak itu surut.
  • Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau. Ambil daun sirih dan lumurkan minyak zaitun. Kemudian layur pada permukaan panas. Apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak. In Shaa Allah ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.


Selain daripada petua dan tips di atas, Fizah sarankan untuk mencuba Lecithin Shaklee. Lecithin bukan sahaja boleh digunakan untuk menurunkan berat tetapi boleh juga digunakan sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah bengkak susu.

Fizah sendiri dah lama amalkan Lecithin ni.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)