Sunday, October 12

Fully Breastfeed vs Exclusive Breastfeed

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu.

Bagaimana agaknya dengan aktiviti kalian semua hari ni. Diharap kalian memenuhi aktiviti bermanfaat bersama keluarga tersayang. Kalau macam Fizah tadi seharian keluar mencari barang-barang anak dan juga barang-barang dapur.

Planning nak bawak Baby Hafiy pergi klinik nak check up untuk 3 bulan tapi last minit tak jadi pulak sebab sampai-sampai je kat klinik Ya Allah ramai sungguh orang. Kalau nak tunggu mau nye amik masa 2 jam nak menunggu. Encik Suami pun cakap lain kali je la kita pergi sebab ramai sangat orang nya.

Actually kali ni Fizah nak share la harapan Fizah terhadap Baby Hafiy kali ni. Fizah plan nak menyusukan baby Hafiy secara eksklusif selama 2 tahun. Haa 2tahun ? Mesti korang terkejut kan. Tapi kalo nak tahu tu lah antara harapan Fizah sekarang ni.

Kalau Haziq dulu eksklusif selama 6 bulan aje tapi Baby Hafiy ni nak menyusukan secara eksklusif selama 2 tahun. Haziq dulu fully breastfeed selama 2 tahun 7 bulan. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat menyusukan Haziq selama itu.

Actually jangan anggap eksklusif dan fully breastfeed ni sama tau. Ada perbezaan dia. Korang nak tahu tak apa perbezaan dia ? Meh Fizah story sikit.

EXCLUSIVE BREASTFEED ni merupakan memberikan hanya susu ibu semata-mata tanpa memberi air masak dan jugak sebarang solid food. SUSU IBU semata-mata ya kawan-kawan.

Manakala FULLY BREASTFEED pula menyusukan baby dengan susu ibu dan memberikan baby air masak serta solid food. So nampak tak PERBEZAANNYA di situ.

Kalau tengok nampak macam susah kan tapi tu lah cabaran yang Fizah sanggup buat untuk Baby Hafiy ni. Nak tengok sama ada berjaya atau tidak. Harap sangat berjaya sebab kalau boleh Fizah nak Baby Hafiy ni membesar hanya dengan SUSU IBU.

Terkilan jugak actually Haziq dulu masa umur setahun dah bagi dia fresh milk. Walaupun fresh milk tapi ia tetap susu lembu. Bila tengok ada ibu-ibu yang berjaya menyususkan anak secara eksklusif selama 2 tahun ni rasa macam teruja sangat.

So Fizah harap kawan-kawan semua sudilah kiranya mendoakan kejayaan untuk Fizah sahut cabaran yang Fizah dah letak pada diri ni. 

Fizah rasa cukup setakat ni dulu. Ada kelapangan nanti Fizah akan cerita dengan lebih lanjut apa kelebihannya menyusukan baby secara eksklusif selama 2 tahun.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan baca blog Fizah ni :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)